Mencari punca maksimum globalisasi,
Mencari titik tamatnya kejahilan saudara-saudari,
Aku di sini,
Hanya menyumbangkan telinga,
Duduk, senyap, memikir, dan mendengar,
Jauh sekali untuk turut sama,
Bila semua berbakti,
Mencari jalan untuk diingati,
Aku di sini,
Duduk sekali lagi,
Memerhati.
Bila semua berusaha lebih,
Untuk menjadi wira dan wirawati,
Aku di sini,
Menyilang kaki,
Sekadar memenuhi kelengkapan diri,
Bila orang kedepan,
Aku terkocoh-kocoh mengejar,
Bila orang berdiri,
Aku baru mengesat punggung,
Bila orang berpangkat tinggi,
Aku baru selesai temu duga untuk yang beberapa kali
Sampai bila mahu macam ini,
Sekadar mendengar kehandalan orang berdiskusi,
Sampai bila mahu macam ini,
Sekadar melihat orang berbakti,
Sampai bila mahu macam ini,
Sampai bila mahu macam ini,
Sekadar berusaha kais petang dan pagi.
Jikalau begini,
Jangan harap untuk diingati,
Oleh komuniti mahupun keluarga sendiri,
Kerana,
Sedangkan bekas menteri senang untuk dilupakan,
Apatah lagi, rakyat jalanan,
Marilah gemparkan dunia,
Dengan diri ini yang tidak seberapa,
Mulalah berkata-kata dari mendengar,
Mulalah bertindak dari menurut,
Dan, mulalah berbakti dari memerhati,
Kerana,
Mundurnya sesebuah ummah,
Berpunca daripada tanpa usaha rakyatnya sendiri.

tukar BEN pls. :P
ReplyDeletehaha tu full time, aku part time je :P
ReplyDelete